Rules Don't Apply

Rules Don't Apply (Melayu: Takdir Yang Tidak Terkecuali) merupakan sebuah filem romantik Amerika Syarikat pada tahun 2016 bergenre filem komedi-drama yang ditulis, dihasilkan dan diarahkan oleh Warren Beatty. Ini berdasarkan kehidupan sebenar seorang hartawan dan juga penerbit filem popular Howard Hughes. Beatty membawakan watak penting sebagai Howard, termasuk Annette Bening, Matthew Broderick, Lily Collins dan Alden Ehrenreich. Berlatarbelakangkan pada tahun 1958 di Hollywood, filem ini mengikuti perhubungan romantik antara seorang pelakon muda, Marla Mabrey dan pemandunya, Frank Forbes yang dilarang oleh majikan mereka, Howard Hughes.[3]Filem ini mendapat tayangan perdana sebagai filem pembukaan Festival Institut Filem Amerika (AFI Fest) pada 10 November 2016, dan dilancarkan secara umum di Amerika Syarikat pada 23 November 2016, oleh 20th Century Fox. Ia mendapat ulasan yang beragam dan merupakan sebuah filem gagal pecah panggung, hanya menjana $3.9 juta berbanding anggaran $ 25 juta. Collins juga mendapat pencalonan untuk Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Wanita Terbaik – Filem Muzikal atau Komedi.[4][5]

Rules Don't Apply

Cerita oleh
Disunting oleh
Lakon layar oleh Warren Beatty
Pengarah Warren Beatty
Penerbit
Pecah panggung $3.9 juta[2]
Mula ditayangkan 10 November 2016 (2016-11-10) (AFI Fest)
November 23, 2016 (Amerika Syarikat)
Sinematografi Caleb Deschanel
Tempoh tayangan 126 minit
Negara Amenka Syarikat
Dibintangi oleh
Pengedar 20th Century Fox
Perbelanjaan $25 juta[2]

Rujukan

WikiPedia: Rules Don't Apply http://www.awardsdaily.com/2016/12/09/san-diego-fi... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=rulesdonta... http://www.foxmovies.com/movies/rules-dont-apply http://www.hollywoodawards.com/2016/10/lily-collin... http://www.imdb.com/title/tt1974420/ http://www.rottentomatoes.com/m/Rules_Dont_Apply/ https://www.boxofficemojo.com/movies/?id=rulesdont... https://www.boxofficemojo.com/news/?id=4244&p=.htm https://collider.com/howard-hughes-movie-details-w... https://deadline.com/2016/07/warren-beatty-rules-d...